Usah Berbangga!


Image result for vsco

Bismillah.

Di saat diri kita merasakan amalan sudah cukup,
Untuk ke syurgaNya,
Ingatlah,
Akan ada ramai di luar sana,
Yang masih bergelumang dengan dosa,
Yang pastinya membinasakan mereka semua.

Di saat diri kita merasakan mereka lebih baik dari kita,
Tapi sekurang-kurangnya,
Mereka terus fokus mengejar redhaNya,
Dengan cara taubat yang sungguh-sungguh!

Di saat diri kita merasakan rezeki yang kita peroleh,
Sentiasa cukup untuk keperluan harian,
Ingatlah,
Masih ada lagi yang kurang tuahnya berbanding kita,
Dan mungkin apa yang mereka peroleh walau sedikit,
Mereka gunakan sebaiknya hidup mati kerana Allah!

Ingatlah,
Usah berbangga dengan apa yang kita peroleh,
Tidak lain hanyalah sekadar ujian buat kita,
Sama ada kita manfaatkannya,
Atau kita persiakannya.

Usah berbangga,
Kerana masih ada lagi yang kurang bernasib baik dari kita,
Jika kita sedar itu,
Pasti saja setiap nikmatNya itu kita tak putus-putus rasa syukur.

Kerana syurga bukan untuk mereka yang merasa bangga,
Sungguh sebaik-baik hamba,
Adalah yang sentiasa bertaubat kepadaNya,
Dan tawaduk akan kebenaranNya!

No comments

Inspired by myself. Powered by Blogger.