Tegakkan Agama Melalui Solat

Image result for solat

Bismillah.

Sukacita ingin aku bicara,
Mengenai pensyariatan solat,
Yang pastinya perlu diambil manfaat,
Buat semua yang bergelar Muslim!

Solat itu suatu tiang,
Tiang agama yang benar lagi diredhaiNya,
Tatkala dirinya mendirikan solat,
Maka secara tidak langsung,
Dia sedang menegakkan agamanya.

Sebaliknya,
Jika dia meninggalkan kewajipan itu,
Secara tidak sedar,
Perlahan-lahan dia menjadi dalang keruntuhan agamanya sendiri.

Jika diri terdetik untuk malas mendirikan solat,
Ingatlah pula,
Kesanggupan Rasulullah bersusah payah pergi menghadap Allah,
Demi umat yang dikasihinya,
Meminta untuk dikurangkan waktu solat,
Betapa malunya baginda bila membuat permintaan sebegitu kepadaNya.

Maka malulah pada diri jika tak mampu laksanakan,
Lima yang wajib itu,
Biarlah ianya terjaga dengan sempurna,
Agar diri tidak mendapat kecelakaan dari Tuhan.

Perlu kita sedar,
Bahawa pensyariatan solat itu amat penting bagi setiap jasad berstatus Islam,
Jangan ambil mudah,
Penuhilah kehendakNya,
Tegakkanlah agamamu melalui SOLAT!

Tunggu apa lagi?
Peringatkan pada semua,
Sudah tiba masa untuk Islam bangkit semula!

2 comments:

Inspired by myself. Powered by Blogger.