Best Among The Best?

Image result for vsco nike filter

Bismillah.

Menjadi yang terbaik,
Semua insan pasti menginginkannya,
Tatkala berbagai halangan yang perlu ditempuh,
Pasti saja mereka ingin laluinya dengan penuh kesabaran,
Serta tahap ketabahan yang tinggi mengunung diperlukan.

Menjadi yang terbaik,
Terkadang kita tidak perlu bekerja keras sentiasa,
Jika perbuatan itu kecil kelihatan itu sudah memadai,
Kerana apa yang penting,
Bagaimana orang lain menghargai perbuatan kita itu.

Menjadi yang terbaik,
Pengurusan masa adalah antara yang utama,
Kerana yang terbaik itu perlu luangkan masa,
Bersama Tuhannya dan insan tersayangnya,
Maka setelah itu,
Tuhan akan mula redha akan perjuangan hidupmu.

Sahabat-sahabat,
Pasakkan dalam hati ini selalu,
Untuk menjadi yang terbaik antara yang terbaik,
Kerana dunia ini adalah medan ujian buat kita,
Dan perlunya kita ambil segala ibrah atas apa yang terjadi di sini.

Moga-moga usaha ke arah kehidupan yang terbaik itu,
Biar Allah sahaja yang menilai semuanya,
Walau yang lain memandang remeh terhadap usaha kita,
Asalkan kita kekal istiqamah di jalanNya.

Moga terus bersemangat,
Carilah Dia,
Kerana sumber kejayaan itu hanya dari Dia,
Dia Maha Berkehendak,
Jangan putus berdoa,
Kerana Dia Maha Mendengar.

Yakin dan percaya,
Janji Allah itu pasti!

No comments

Inspired by myself. Powered by Blogger.