Seteruk Manapun Kamu...

Image result for vsco b&w

Bismillah.

Lihatlah,
Betapa mulianya manusia kini,
Diciptakan di bumi ini,
Dengan sehebat-hebat pancaindera.

Tapi sayangnya,
Mereka langsung tidak manfaatkannya,
Untuk kebaikan insani.

Apa yang mereka tahu,
Hanya menghukum sesama manusia sesuka hati,
Lebih-lebih lagi terhadap yang dianggap 'baik' bagi mereka.

Sentiasa mencari kesalahan orang,
Tanpa pedulikan kebaikan walau sedikit pun,
Jumpa sahaja kesalahan dari mereka,
Mereka hentam dan hina sungguh-sungguh.

Sedarlah sahabat,
Manusia mungkin hanya melihat 1 kesalahan,
Tanpa menghiraukan 1001 kebaikan pada kita.

Tapi tidak pada Allah,
Seteruk manapun diri kamu,
Walau 1001 dosa dan maksiat kamu buat sekalipun,
Yang sekali itu juga Allah pandang,
Apa yang dimaksudkan 'sekali' itu?

TAUBAT!

Taubatlah dengan sebenar-benar penyesalan,
Carilah kekurangan pada diri,
Lebih baik daripada kita mencari kesalahan orang terhadap kita,
Moga kita kembali pada Allah kelak,
Membawa sebaik-baik amalan kepadaNya.

In sha Allah Taala.

No comments

Inspired by myself. Powered by Blogger.