Never Give Up


Image result for vsco flowers

Bismillah
.
Dalam proses meraih kesabaran yang tinggi
.
Pastinya terselit perjuangan yang tiada hentinya buat diri
.
Tapi mudah sahaja untuk menggapai sabar dalam hati
.
Bila diri mula mengerti
.
Bahawa Tuhan tidak pernah menzalimimu
.
Sebaliknya Dia beri ujian pada diri
.
Agar kekal kuat bergantung padaNya
.
Jika diri mula mengerti
.
Bahawa redha Allah itu yang perlu dicapai
.
Maka hatimu akan dipujuk untuk sentiasa dekat denganNya
.
Sungguh perjalanannya jauh sekali untuk ke syurga
.
Tatkala yang lain masih lagi di tahap permulaan
.
Permulaan dalam mengenal Penciptanya
.
Usah berputus asa
.
Kerana Allah sentiasa menanti hambaNya yang ingin berubah
.
Tapi ada suatu hal yang paling utama
.
Apabila sabar sudah tersemat pada diri
.
Walau seteruk mana musibah menimpa diri
.
Pada akhirnya kamu sedar bahawa Tuhan sangat sayangkan kamu
.
Moga Tuhan kekalkan kita dalam medan perjuangan
.
Perjuangan dalam mengejar Mardhatillah.


@amskarl

No comments

Inspired by myself. Powered by Blogger.