Have Faith in Allah

Image result for vsco analog

Bismillah
.
Jika pada akhirnya kamu tidak peroleh hasilnya
.
Bukankah dalam proses meraihnya kamu sudah buat yang terbaik?
.
Bukankah kamu selalu berdoa mohon kekuatan daripadaNya?
.
Maka tidak perlu bersedih
.
Atas kegagalan mencapainya
.
Kerana sungguh Tuhan ingin mengujimu sahaja
.
Tidak lain hanya ingin melihat tahap ketabahanmu
.
Di saat kamu tidak peroleh apa-apa yang kamu inginkan
.
Jarang sekali Dia menderamu malah sebaliknya memeliharamu
.
Dari perkara yang mungkin buruk bagi dirimu
.
Tuhan Yang Maha Mengetahui
.
Jangan kamu persoalkan
.
Mengapa kamu tidak diberi yang terbaik daripadaNya
.
Sebaliknya belajar untuk terima seadanya dan bersyukur
.
Tidak salah buat kamu untuk terus berdoa
.
Tapi jika ianya bukan milik kamu
.
Pasti takdirnya itu bukan untukmu
.
Bersangka baiklah pada Tuhanmu
.
Percayalah
.
Kelak Tuhan akan hadiahkan kepadamu
.
Sesuatu yang kamu sendiri tidak jangka ianya milik kamu
.
Kuatkan semangatmu
.
Moga kekal istiqamah mencari redhaNya.


@ams_karl

No comments

Inspired by myself. Powered by Blogger.