Satu Perjalanan yang Sama

Image result for vsco hypebeast

Bismillah
.
Setiap manusia
.
Punya berbeza karakteristik
.
Juga berbeza pandangan
.
Malah ada juga yang berbeza pegangan
.
Semua itu suatu pilihan buat mereka
.
Tapi ada suatu hal yang perlu diingatkan
.
Dan suatu yang muktamad buat mereka yang masih bernyawa
.
Mahupun yang sudah tiada
.
Kerana mata ini sudah lali memerhatikan tipu daya duniawi
.
Dan yang pasti ianya sementara sahaja
.
Semua manusia
.
Wujud dari tanah
.
Dan kembali jua ke tanah
.
Suatu yang kita sendiri tidak dapat nafikan kenyataan itu
.
Bahawa taman akhirat itu adalah destinasi kita
.
Syurga dan neraka itu adalah suatu kepastian
.
Melainkan insan yang merasakan dirinya tidak perlukan Tuhan
.
Dia akan rasa dirinya hebat sentiasa
.
Juga ada insan yang kerapkali merasai kesusahan serta mengharapkan pertolongan Tuhan
.
Biarpun susah tapi kekal dengan pengharapan itu
.
Apa yang mereka harapkan?
.
Redha Tuhan mereka
.
Maka pilihlah pengakhiran masing-masing
.
Mahu dipandang mulia atau sebaliknya?

Wallahualam.


@ams_karl

No comments

Inspired by myself. Powered by Blogger.