Rezeki Tetap Ada

Image result for vsco minimalist

Bismillah
.
Bila bicara tentang rezeki
.
Semua memandang hal materialistik semata
.
Orang kata rezeki itu
.
Ada yang punya rumah besar
.
Ada yang punya pangkat besar dan stabil
.
Ada yang punya kereta mewah
.
Ada yang punya berjuta-juta wang dalam sakunya
.
Tapi kita tak anggap
.
Rezeki itu datang dalam pelbagai bentuk kesenangan
.
Ketahuilah
.
Bahawa rezeki bukan hanya pada materialnya sahaja
.
Boleh juga rezeki itu
.
Kamu miliki keluarga yang bahagia
.
Kamu miliki kesihatan yang berpanjangan
.
Kamu miliki tahap intelek yang tinggi
.
Sehingga mampu membawa nama baik keluarga
.
Ke mercu kecemerlangan
.
Maka usah kamu persoalkan lagi
.
Ke manakah usaha gigihku pergi selama ini?
.
Apakah Tuhan tidak merahmati hidup aku?
.
Apa yang menjadi kepastian
.
Rezeki itu tetap ada untuk kamu
.
Pandanglah ia dengan pandangan akhirat
.
In sha Allah kamu akan sentiasa belajar bersyukur
.
Walau yang seadanya pada kamu hanya sedikit
.
Walau yang hadir pada kamu itu cuma seketika
.
Ketahuilah juga
.
Bahawa Allah sangat sayang pada diri kamu
.
Sungguh Dia takkan pernah biarkan kamu dalam kesusahan
.
Sungguh Dia takkan pernah biarkan kamu dalam senario derita sentiasa
.
Tunjukkan usaha itu demi Dia
.
Moga dengan itu
.
Allah sentiasa redha keberadaan kamu di sini
.
Allahuma ameen :)


@ams_karl

No comments

Inspired by myself. Powered by Blogger.