Hijrah & Istiqamah

Image result for vsco

Bismillah
.
Kali ini ingin aku bicara
.
Dan bersama-sama kita selidik
.
Mengenai konsep hijrah
.
Serta kehebatan istiqamah dalam amalan
.
Ya , hijrah bererti perubahan
.
Yang pastinya perubahan ke arah yang lebih diredhaiNya
.
Bila dinilai kembali
.
Hijrah ini tidaklah sesukar mana
.
Namun tidak semudah yang disangka
.
Kerana yang menjadi cabaran setelah itu
.
Adalah istiqamah yang harus kita praktikkan
.
Dan yang harus kita pertahankan
.
Istiqamah
.
Yakni berpegang teguh pada konsep dan pendirian
.
Yang pastinya dari fakta yang menjamin kebenaran
.
Juga dari sumber yang tidak ditokoktambah
.
Sanggup berkorban masa , tenaga
.
Demi mencapai kemanisan iman yang diidamkan
.
Kerana kini tidak ramai yang mampu meraihnya
.
Mereka yang istiqamah ini
.
Punyai sifat berani membawa kebenaran
.
Serta berani membawa kebenaran di saat berdiri dengan sendirinya
.
Maka lihatlah
.
Dan rasailah sendiri
.
Betapa indahnya istiqamah beramal keranaNya
.
Istiqamah mengingatiNya
.
Dan istiqamah menegakkan kebenaran yang dibawa
.
Kerana mereka yang terpilih ini
.
Sudah membulatkan tekad di hati
.
Memastikan pengakhiran hidup mereka
.
Hanyalah di Jannah
.
Seperti yang dijanjikan Ilahi.


@ams_karl

No comments

Inspired by myself. Powered by Blogger.