Hidayah Milik Allah

Image result for vsco hypebeast

Bismillah
.
Hidayah itu suatu yang mahal
.
Tidak bisa diganti dengan wang ringgit
.
Tidak juga bisa diganti dengan intan berlian sekalipun
.
Kerana apabila kiamat melanda
.
Intan berlian pada akhirnya akan binasa
.
Sedang tidak pada hidayahNya
.
Dan hidayah hanya akan diperoleh
.
Kepada yang dipilih olehNya sahaja
.
Datang tidak membawa sebarang tanda
.
Terus Allah jentik hati hambaNya yang istimewa
.
Kembali ke jalanNya yang lurus
.
Kepada yang masih tercari-cari
.
Usah rasa gelisah di hati
.
Teruskan berdoa dan pinta kepadaNya
.
Dan usahakan diri untuk perolehinya
.
Moga-moga dengan itu
.
Allah hantar suatu ilham yang tidak dijangka
.
Dan yang pasti
.
Ilham itu suatu anugerah terindah buat diri bernama pendosa.


@ams_karl

No comments

Inspired by myself. Powered by Blogger.