Belajar Melalui Rasa Hati

Image result for vsco candid

Bismillah
.
Jika jiwa manusia itu sentiasa hidup
.
Lalu hati manusia saling menjaga
.
Maka sudah pasti kini kita sudah boleh ikut rasa hati
.
Kerana menjadi fitrah manusia
.
Rasa suka dan senang apabila ia ditolong
.
Juga rasa senang apabila disayangi
.
Tapi malangnya kini
.
Ramai yang suka semua itu
.
Tapi diri sendiri tidak mampu untuk membalasnya semula
.
Malah terus melabel diri ini cukup sempurna
.
Sebenarnya
.
Jika kita sudah sedikit menolong sesama mereka yang kesusahan
.
Pasti Allah akan bantu kita betul tak?
.
Akan tetapi kerana kita buta mata hati
.
Langsung tidak melihat pertolongan Allah itu sesuatu yang indah buat kita
.
Maka sentiasalah berbelas ihsan kepada insan tersayang
.
Kerana rasa hati itulah yang akan mengawal segalanya
.
Dan yang akan menggambarkan sendiri imej kita
.
Di mata yang lain
.
Segala kebaikan yang kita lakukan ini
.
Biar Allah saja yang menilainya
.
Dan segala kesulitan mahupun keburukan kita pada mereka
.
Biar Allah yang leraikan segalanya
.
Moga hidup terus berinspirasi
.
In sha Allah Taala.


@ams_karl

No comments

Inspired by myself. Powered by Blogger.