Allah is the Most Merciful

Image result for vsco mellow fade

Bismillah
.
Allah itu Maha Penyayang
.
Saat sedih Dia sentiasa memerhati
.
Lalu Dia turunkan rahmatNya pada kita
.
Saat susah Dia sentiasa permudahkan
.
Tidak pernah susahkan hambaNya
.
Tapi tidak pada diri kita
.
Ada kala sayang ada kala benci
.
Yang cantik dipandang
.
Yang buruk ditendang
.
Itulah fitrah manusia
.
Inginkan semua yang terbaik buat diri mereka
.
Tapi kita selalu leka
.
Bahawa Allah itu langsung tidak pernah membencimu
.
Malah terus menyayangimu meski kita kerapkali lupakan Dia
.
Kerana itu
.
Berfikir panjanglah
.
Sungguh Dia sentiasa sayang kau , maka patutkah kau derhaka pada Dia?
.
Sanggupkah kau asyik kufur nikmat dariNya?
.
Berdoalah
.
Moga hati ini sentiasa belajar mensyukuri
.
Kerana dengan hati tergambarlah segalanya pada diri
.
Sekali lagi aku tekankan
.
Allah itu Maha Penyayang
.
Maka ianya bukan alasan untuk kau terus mengingkari perintahNya.


@ams_karl


No comments

Inspired by myself. Powered by Blogger.