Sakit itu Satu Nikmat?

Image result for vsco city

Sakit
.
Suatu hal yang tidak dapat dielakkan
.
Kerana banyak jenis sakit kita temui kini
.
Sakit mata , sakit kaki , sakit kepala
.
Yang tidak patut ada pada diri
.
Sakit hati
.
Kerana sakit hati itu adalah dari syaitan
.
Kerana hati itu patutnya Allah yang jagakan
.
Bukannya syaitan yang durjana itu
.
Tapi bagaimana pula sakit itu adalah suatu nikmat dariNya?
.
Sedar tak sedar
.
Sepanjang kita sakit
.
Kita banyak ingat Allah
.
Sebab kita rasa sihat sebelum ini
.
Terkadang lupa buat seketika akan segala kurniaanNya
.
Maka jarang sekali kita hargai masa sihat kita
.
Jadi ketika sakit itulah kita banyak berdoa padaNya
.
Moga dikembalikan semula kesihatan pada diri
.
Agar dapat beribadah dengan cergasnya
.
Agar dapat terus berjuang demi agama yang dicintai
.
Maka hargailah masa yang diluangkan sepanjang hidup kita
.
Kerana kita tidak pernah tahu
.
Bila ajal menjemput kita
.
Bila sakit itu bertambah kritikal keadaannya
.
Jadi perbanyakkan dalam mengingatiNya
.
In sha Allah Dia akan jaga kita baik-baik.

@ams_karl

No comments

Inspired by myself. Powered by Blogger.