Mujahadah , Kembalilah ke JalanNya

Image result for vsco flowers

Bismillah
.
Maha Suci Allah
.
Yang masih menghidupkan kita
.
Yang masih memberi ruang dan waktu untuk terus berubah
.
Perubahan menuju redhaNya
.
Seringkali kita tidak mengerti
.
Akan apa tujuan kita bermujahadah selalu kepadaNya
.
Di setiap saat mahupun di setiap pergerakan amalan kita
.
Sebenarnya ada 1001 pengertian di sebaliknya
.
Sudah pasti ianya jauh lebih indah jika kita benar-benar fahami
.
Kerana segala amalan yang dipraktikkan sehari hari
.
Sudah diilhamkan oleh Allah Taala kepada kita
.
Ya , kitalah insan yang terpilih
.
Dalam lubuk hati kita pasti akan berkata
.
Ya Allah , betapa sayangnya Engkau kepada diriku
.
Sedang pada hakikatnya kita ini sangatlah hina di sisiNya
.
Maka di situ perbanyakkanlah sykur kepadaNya
.
Kerana peluang seperti ini jarang-jarang diraih
.
Dan ilham seperti ini tidak mampu dibeli dengan wang ringgit
.
Sentiasalah mujahadah di jalanNya
.
Moga Allah pelihara kita sentiasa
.
In sha Allah
.
Sesungguhnya orang orang yang bertakwa ditempatkan dalam taman-taman syurga yang indah dan dekat beberapa sungai [54:54].

@ams_karl

No comments

Inspired by myself. Powered by Blogger.