Jadikan Mereka Inspirasi Hidup

Image result for vsco look

Melihat dunia yang seolah-olah tiada penghujungnya
.
Terlalu banyak perkara yang perlu dinilai
.
Tapi cukup sajalah buat diri kita
.
Melihat pada insan yang pernah menghiasi hidup ini
.
Seringkali Allah hadirkan pada kita
.
Individu yang berakhlak baik
.
Juga punya ketulusan hati dan ikhlas dalam segalanya
.
Kerana Allah ingin menguji kita
.
Sejauh mana kekuatan kita untuk turut serta bersama mereka
.
Terkadang sukar untuk contohi mereka
.
Dek kerana nafsu yang menguasai diri
.
Maka di sini kita perlu gagahkan diri untuk berjuang
.
Demi kejayaan bersama di syurga sana
.
Jadikan dunia ini sempadan
.
Jadikan akhirat itu matlamat kita
.
Jadikan insan yang baik di sisi kita sebagai idola
.
Sentiasalah doakan kebahagiaan hidup mereka
.
Dan doakan juga buat diri kita
.
Moga dapat bersama-sama meraih kejayaan yang abadi di sini
.
Juga di akhirat sana
.
In sha Allah Taala.

No comments

Inspired by myself. Powered by Blogger.