DIuji Bukan Kerana Dosa

Image result for vsco building

Bismillah
.
Semua pasti merasai ujian dariNya
.
Pelbagai bentuk ujian diraih mereka
.
Tapi mungkin ada hikmah yang mereka langsung tidak mengerti
.
Mengapa mereka diperlakukan sebegitu olehNya
.
Kerana hidup ini perlu 1001 kekentalan jiwa
.
Maka Allah timpakan ujian ke atas hambaNya
.
Bergantung pada kemampuan mereka sendiri
.
Sedang nabi yang terdahulu juga diuji olehNya
.
Bukankah mereka seorang yang maksum?
.
Tapi mengapa Allah masih uji mereka semua?
.
Adakalanya kita sendiri pun tidak mengerti
.
Dan kita selalu menganggap bahawa
.
Musibah yang menimpa kita semua adalah kerana dosa
.
Kenyataan ini jauh sekali kebenarannya
.
Kerana kasih sayang Allah itu tiada hadnya
.
Meluas ke seluruh alam
.
Boleh jadi Allah ingin kuatkan iman dan pendirian kita
.
Boleh jadi Allah ingin lindungi kita dari sesuatu yang bawa mudarat pada kita
.
Dan boleh jadi juga Allah ingin lihat tahap kesabaran kita terhadapNya
.
Siapa lagi nak uji kita kalau bukan Allah?
.
Siapa lagi nak beri hikmah dan kebaikan kalau bukan dari Allah?
.
Dan paling penting
.
Siapa lagi nak sayang kita kalau bukan Allah?
.
Maka jangan kita berputus asa meraih rahmatNya
.
Kerana sungguh pertolongan Allah itu sentiasa dekat
.
Dekatnya pertolongan Ilahi itu
.
Kepada insan yang ingin berubah keranaNya
.
Kepada insan yang sentiasa beramal dengan niat keranaNya
.
Dan kepada insan yang bercita-cita tinggi
.
Ingin sebarkan kebaikan ke seluruh alam
.
In sha Allah sama-sama kita ambil manfaat darinya.

@ams_karl

No comments

Inspired by myself. Powered by Blogger.