Ya Rasulullah

Image result for muhammad saw

Aku terbayangkan syurga di sana
.
Lalu aku merenung diriku sendiri
.
Betapa banyaknya dosaku padaNya
.
Betapa banyaknya hati yang aku sakiti
.
Dan betapa banyaknya masaku terbuang dek kerana leka dan alpa
.
Seolah-olah aku tidak layak ke syurgaNya
.
Ya Allah aku seperti buntu
.
Akan apa yang harus ku lakukan pada diri ini
.
Aku teringatkan Rasulullah
.
Aku teringatkan sahabat-sahabat Baginda
.
Dan aku teringatkan saat-saat Nabi bersusah payah untuk umatnya
.
Lalu aku cuba belajar daripada semua itu
.
Serta contoh yang boleh ku teladani dari sifat Baginda
.
Andai aku di zaman Nabi S.A.W
.
Pasti aku sentiasa di sisi Baginda
.
Pasti aku sudah bersama-samanya ke syurga
.
Kini aku mesti belajar untuk berubah
.
Dan aku mula baca Al-Quran yang diturunkan kepadanya
.
Serta aku belajar tajwid bagi mantapkan makhrajku di setiap huruf
.
Perlahan-lahan aku amalkan sunnahnya
.
Lalu aku berdoa
.
Ya Allah ampunkanlah segala dosaku selama ini
.
Ya Allah kuatkan hatiku ini untuk sentiasa beristiqamah dalam beribadah kepadaMu
.
Ya Allah masukkanlah aku ke dalam syurga dengan syafaat Nabi Muhammad S.A.W
.
Dan tempatkanlah aku bersama-sama dengan para sahabat para Anbiya' dan para Sholihin
.
Aamin.

Salam Maulidur Rasul , selawat dan salam ke atas junjungan besar Baginda!

@ams_karl

No comments

Inspired by myself. Powered by Blogger.