Kepimpinan Melalui Solat

Image result for masjid besi

Melihat dunia kini
.
Terlalu banyak cabaran menanti kita di luar sana
.
Malah terasa diri ini lemah untuk menempuhnya
.
Tapi dengan solat
.
Segala pada diri mula berubah
.
Merasakan semangat kepimpinan yang tinggi tersemat dalam hati kita
.
Hanya dengan solat berjemaah
.
Ada imam ada makmum
.
Imam adalah pemimpin dalam solat
.
Dan kedudukannya sentiasa di hadapan
.
Manakala makmum di belakang pula
.
Mengikut segala pergerakan imam dalam solat
.
Makmum tidak boleh mendahului imam
.
Pergerakan sentiasa dibuat selepas pergerakan imam
.
Dan sampailah akhir salam
.
Imam juga yang mendahului mereka
.
Maka itulah adaptasi kepimpinan yang terbaik dalam Islam
.
Sejak zaman Rasulullah lagi sudah dipraktikkan
.
Jadi rajinkanlah diri untuk solat berjemaah
.
Kerana 27 kali ganda pahala menanti bagi yang mengerjakannya
.
Moga dengan itu
.
Syiar Islam akan berkembang luas dan teguh berdiri
.
Dan sebagai medium dakwah kepada insan di sekitar kita
.
Moga akhlak yang ditunjukkan ini
.
Mampu menarik perhatian lain untuk mendalami Islam
.
Majulah wahai umat demi agama Islam!

Sekadar perkongsian bersama.

@ams_karl

No comments

Inspired by myself. Powered by Blogger.