Hati Kena Steady Selalu

Image result for vsco

Bukan mudah untuk diri kekal stabil
.
Lebih-lebih lagi apabila dipandang hina
.
Apatah lagi bila masyarakat pandang remeh pada diri
.
Dan walau bagaimana keadaan dirinya sekalipun
.
Hatinya tetap bergantung pada Ilahi
.
Jauh sekali di hati ingin lari daripadaNya
.
Kerana sedar semua ujian itu juga daripadaNya
.
Lalu biarkan diri terus tabah
.
Juga biarkan diri terus kuat untuk berjuang
.
Maka jiwanya sudah mula steady!
.
Percayalah
.
Letaklah hati ini sentiasa dalam radar Ilahi
.
Agar tidak mudah tumbang dengan cabaran dunia zaman kini
.
Jika di dunia ini kita berjaya hadapinya
.
In sha Allah begitu jugalah kesinambungannya di akhirat nanti
.
Moga terus kuat dan kental
.
Walau tiada seorang pun di samping kita
.
Jangan kita mudah mengeluh
.
Kerana sungguh Allah sentiasa di sisi kita!

Moga Allah redha.

@ams_karl

No comments

Inspired by myself. Powered by Blogger.