Dakwahlah dengan Kasih Sayang

Image result for vsco nature

Lihatlah hari ini
.
Ramai telah mulai rebah
.
Kerana kurangnya motivasi pada diri
.
Kerana kurangnya tarbiah serta pedoman diri
.
Tapi satu masa nanti
.
Mereka semua akan kembali bangkit
.
Untuk majukan diri serta agama mereka yang dicintai
.
Dari mana mereka mendapat kembali semangat itu?
.
Dari kuasa dakwah yang kita sebarkan sehari-hari
.
Kini kitalah yang akan mengubah segalanya
.
Kitalah juga yang akan memberi inspirasi kepada masyarakat
.
Dengan kuasa autonomi yang kita ada
.
Gunakan untuk jalan kebaikan
.
Berdakwahlah dengan penuh kasih sayang
.
Tegurlah mereka dengan berhikmah
.
Jauh sekali tanda benci tidak menyayangi
.
Kerana hidup ini saling melengkapi
.
Janganlah menjauhkan diri
.
Tatkala satu kemungkaran yang mereka telah lakukan
.
Halanglah ia dengan kuasa yang ada
.
Sungguh dakwah itu tanggungjawab bersama!

HAVE A WONDERFUL DAY


@ams_karl

No comments

Inspired by myself. Powered by Blogger.